Blog Afiq Ikmal : Demam Durian Crepe

Jom terjah entry yang lain

04 December 2012

Demam Durian Crepe

Hai...wah! heboh blog-blog pasal durian crepe nampak cam sedap mana ada jual erk???nampak macam lembut tapi tak tahu rasa dia hahhaa...Ada macam-macam warna sebab letak pewarna heheh...Sedap ker???cuba bagi respon...





Ehsan:Google


Inti dia dibuat dengan durian lah kan nama pon crepe durian,crepe lain pon ada...tapi memandangkan musim durian so crepe durian lah yang popular...
Nak resepi??? resepi ni diambil dari --->sini

Resepi:
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sdb tepung ubi
  • 1 biji telur
  • 2 sdb gula halus
  • 3 sdt butter yang telah dicairkan
  • 160 ml air
  • 40 ml susu cair
  • 1 sdt esen vanila
  • Boleh letak pewarna atau perisa kesukaan anda (optional)
Cara-cara
  • Satukan tepung dan ayak gula halus
  • Masukkan susu cair
  • Masukkan telur yang elah dikacau sedikit
  • Masukkan serbuk vanila atau perisa
  • Masukkan air ,kacau sebati guna whisk,masukkan butter yang telah dicairkan
  • Tapiskan adunan sedia untuk dimasak
CARA MEMASAK
  • Gunakan kuali non-stick pan
  • atau kuali leper yang disapu dengan minyak
  • Tuang sesenduk kecil adunan di dalam kuali
  • Jangan tebal atau nipis sangat
  • Biarkan masak seketika,bila sudah masak terus angkat tidak perlu di terbalikkan
  • Maksudnya masak bahagian sebelah sahaja
INTI
  • Isi durian yang dibuang biji
  • 150 ml fresh cream (dipukul kaku)
CARA MEMBUATNYA
  • Letak kepingan kulit yang licin sebelah bawah
  • Letak sesudu fresh crem,letak isi durian,letak fresh cream lagi diatasnya
  • Kalau besar kulitnya banyaklah intinya
  • Lipat kulit seperti lipat kulit popia
  • Letak dalam Peti sejuk beberapa jam sebelum di makan
  • Boleh juga jika suka pastry cream sebagai intinya

Wah siap dengan resepi sekali cuba try...jadi tak hahaha kalau jadi tu meh nak rasa satu sedap tak? hehhe...bye

4 comments:

Kesuma Angsana said...

salam kenal, tq ke lama KA ya. N KA dah follow juga 130. Sayang KA x makn doyan ni hehehe

Aina Hanani said...

Teringin nak makan sebab tengok macam sedap tapi macam loya pulak sbb inti durian. Makan durian ofkos tapi makanan yang terselit durian tuh payah bebebnorr. Mwahaha

Masmira Masri said...

perghh mmg serius nk rs ramai giler org kata sedap..maybe esok baru nk gi beli hahaha..kalau kat kl derang kata kat Mid n Sg Wang tp xtau lah

jemput singgah n follow
http://myaleo.blogspot.com/2012/12/idola-ku.html

Afiq said...

Teringin sangat hahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...