Blog Afiq Ikmal : October 2012

Jom terjah entry yang lain

30 October 2012

Rabun



Hye...lama tak update pening larrr power cermin mata bertambah lah.Nak kena buat lain spek nih tak tau la tambah berapa power mesti banyak.Habis duit kena buat lain haha.



Klik untuk lebih jelas.

Ni lah contoh cermin mata bukan aku punyer lah google punya gambar...Masalah rabun memang ramai kat dunia nih kanak-kanak umur 5 hingga 6 tahun pon ada,kecik-kecik pon pakai cermin mata.Aku ni rabun lama dah lama.

RABUN antara masalah penglihatan yang paling biasa berlaku kepada semua peringkat umur dalam masyarakat. Kini, masalah rabun juga sering dialami kanak-kanak sebelum tibanya usia persekolahan lagi. Pun begitu, tidak perlu bimbang kerana terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk membantu memperbaiki tahap penglihatan.
  • Jenis rabun

Terdapat dua jenis masalah rabun iaitu rabun jauh dan rabun dekat. Rabun jauh ialah keadaan di mana seseorang tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi dapat melihat objek dekat dengan jelas.
Perkara sebaliknya berlaku pada individu yang mengalami rabun dekat iaitu objek yang dekat kelihatan kabur, tetapi objek jauh pula boleh dilihat dengan jelas. Beberapa gejala kanak- kanak yang mengalami rabun jauh dapat dikesan dengan mudah.
Selalunya mereka akan membaca buku pada jarak dekat dan apabila melihat objek yang jauh, seperti televisyen, mereka akan mengecilkan kedua-dua mata supaya objek itu kelihatan lebih jelas.
  • Punca Rabun Jauh

Setakat ini, tiada teori tepat mengenai punca berlakunya rabun jauh. Bagaimanapun, faktor keturunan mempunyai pengaruh terhadap berlakunya rabun jauh.
  • Kemungkinan seorang anak yang ibu bapanya menghidap rabun jauh untuk mengalami masalah sama ialah 40 peratus.
  • Ada teori mengatakan, rabun jauh berlaku jika seseorang gemar membaca pada jarak dekat.
  • Sesetengah pakar lain pula mengatakan, kerana rabun jauhlah seseorang itu membaca pada jarak dekat.
  • Rabun jauh bukan sejenis kecacatan. Sebenarnya struktur mata orang yang rabun jauh adalah normal.
  • Apa yang berlaku ialah, biji mata mereka lebih besar dan panjang berbanding orang yang tidak rabun.
  • Imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina, tetapi terfokus pada kedudukan di depan retina.
  • Situasi ini dapat diumpamakan dengan perbezaan manusia berambut lurus dan berambut kerinting, ada yang bercermin mata dan ada yang tidak bercermin mata.
  • Tahap kerabunan tidak bertukar atau bertambah akibat cermin mata selalu dipakai.
  • Sebenarnya, sama ada cermin mata dipakai atau tidak, tahap kerabunan akan meningkat setiap enam bulan di mana kuasa cermin mata harus ditukar.
  • Ini satu proses semula jadi yang dialami individu yang rabun. Penambahan tahap kerabunan berlaku sehinggalah individu berkenaan mencapai usia dewasa iaitu apabila meningkat umur 18 hingga 25 tahun.
  • Oleh itu, adalah penting memastikan kanak-kanak rabun memakai cermin mata untuk memberi keselesaan dan menentukan mereka dapat melihat sejelas mungkin di sekolah.
  • Faktor pemakanan tertentu memainkan peranan dalam tahap kesihatan mata. Tidak dapat dinafikan, vitamin A diperlukan dalam proses biokimia di dalam retina mata.
  • Namun, ini tidak bererti vitamin A dapat mengubat kerabunan, seperti mana dilakukan kebanyakan ibu yang memberi anak mereka makan sayur lobak merah dengan harapan masalah kerabunan itu akan hilang. Ini merupakan satu usaha yang tidak memberi manfaat.
  • Rawatan
  • Kaedah rawatan paling mudah untuk masalah rabun adalah melalui penggunaan cermin mata.
  • Kaedah lain pula ialah menggunakan kanta lekap yang diletakkan di atas lapisan kornea.
  • Rawatan terbaru ialah rawatan laser atau lasik yang memberi seseorang itu keyakinan dan tidak perlu memakai cermin mata.
Sebilangan daripada mereka yang rabun mungkin mengalami komplikasi kelekangan lapisan retina. Ini berlaku apabila retina lekang daripada lapisan koroid, menyebabkan gangguan fungsi retina dan menyebabkan buta jika tidak dirawat.
Kelekangan retina boleh berlaku kepada seseorang yang rabun jauh. Pesakit mungkin akan mengalami kehilangan penglihatan di medan penglihatan sebelah bawah.
*Presbiopia
Sejenis masalah rabun yang berlaku apabila seseorang itu dapat melihat objek yang jauh dengan baik, tetapi tidak dapat membaca dengan baik dikenali sebagai presbiopia.
Ia biasanya berlaku pada seseorang yang mencapai umur lebih 40 tahun.
Ini disebabkan proses pengerasan kapsul kanta yang menyebabkan pengurangan pergerakan kapsul kanta ketika melihat objek.
Dalam keadaan seseorang ingin memfokus pada objek yang dekat, kapsul tersebut harus mengendur untuk menjadikan kanta itu lebih cembung.
Apabila berlaku pengerasan, proses ini sukar dilakukan dan keupayaan mata melihat objek yang dekat berkurangan.
Masalah ini perlu diatasi dengan memakai cermin mata untuk membaca yang harus ditukar setiap dua tahun.
Untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghidap presbiopia, kekaburan dekat berlaku pada kedua-dua mata dan ketajaman objek itu menjadi lebih jelas apabila objek dijauhkan sedikit.
Masalah ini juga tidak seharusnya disalahfahamkan dengan masalah katarak mata, terutamanya bagi mereka yang melebihi umur 40 tahun.
Penghidap katarak menghadapi kesukaran melihat objek jauh. Seseorang yang menghidap katarak tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas dan objek tersebut masih kelihatan kabur walaupun dengan memakai cermin mata.
  • Rabun dekat

Apabila seseorang itu rabun dekat, otot mata mereka harus bekerja kuat untuk memfokuskan objek ke atas retina.
Jika usaha ini terlalu kuat, akan terjadi tanda seperti kekaburan, sakit di atas kening dan mata yang selalu letih dan berair, terutama selepas membuat kerja yang menggunakan penglihatan dekat seperti menjahit dan membaca.
Kanak-kanak yang rabun dekat berkemungkinan mempunyai daya tumpuan yang singkat. Mereka juga mungkin menjadi juling.
Apakah kaitan di antara rabun dekat dan presbiopia? Mereka yang bermasalah rabun dekat atau hiperopia menghidapi presbiopia pada umur lebih muda iaitu sebelum 40 tahun berbanding mereka yang tiada masalah ini.
Seperti rabun jauh, rabun dekat juga dapat dirawat dengan memakai cermin mata atau kanta lekap.
Kadang kala, sebilangan kanak-kanak yang menghidap rabun dekat dapat memulihkan masalah kejulingan mata selepas memakai cermin mata.


24 October 2012

Prepare Raya Haji

Salam,ehhe habis dah exam merdeka!!!but we have PBS ni yang tak berapa sedap nak dengar walaupun dah habis periksa PBS tu tak boleh lah nak lupa heehe PBS pon tak tau cikgu nak bagi bila sebab tu lah tak berani nak ponteng suke hati haha tapi kalau sakit bleyh la heh...

Tinggal dua hari jer lagi nak raya haji (Aidil Adha)so nak raya mana tak tahu lagi rasa cam nak raya rumah jer...baju raya of course baju raya puasa haritu tak kan nak buat lain membazir nanti tak boleh pakai lak singkat,cepat tinggi kalau nak buat boleh no problem hantar jer kt kilang jahit baju melayu kejap jer dh siap heheh...(tapi tak buat pon).

Dulu tk post pon baju raya sebab renew blog hehhe baru-baru ni rasa cam nak aktif dalam berblogger plak hheheeh...eh dia nih asyik songeh jer...
Daging korban confirm orang hantar insyaallah...lembu ker kambing ke unta ker???unta ada ker?tak pernah lagi dapat unta yang dapat lembu jer...


Klik untuk lebih jelas.

Wow lembu besar tu... mau satu taman pon tak habis hheehe kat sini tak dak lah lembu besar gedabak macam tu hehe...kalau nak lembu bleh minta ayah or mak korang belikan hehe...Panjang jugak aku post malam ni hahha macam karangan BM Penulisan heh...

Sambung lagi fasal raya haji kuih tak buat kot maybe beli buat bihun sup ker apa ntah tak tahu luper bukan aku yang buat tok aku yang buat over plk dia nih haduish...tolong kacau boleh ler haha...yang penting kena amik iktibar dari kisah pengorbanan nabi Ibrahim mengobankan puteranya nabi Ismail.Kisah menyayat hati....sanggup berkorban demi mentaati perintah allah...kita pon kena berkorban harta nyawa dan sebagainya demi agama tercinta...ok just here for this night layan 30 minit Ustaz Don

15 October 2012

perbezaan between our blog

Hye...blog aku banyak kurang x macam blog korunk,blog korunk isi-II mantap.Blog korunk mcm2 ada cantik pulak tu blog aku ni burok ckit sorry larh...isi plak fhm-II lah mcm budak-II nak buat macam mana kecik lagy(btol ker umur dh 13 :P).

Blog korunk mcm-II ada...yg itu yg ini rsa cam nak buat tapi x reti kdg-II tutorial pon x jadi hahh sebab tu kadang-II mengalah ngn tutorial.Susah la jugak...blog korunk serious cntik aku memang suka puji hasil orang dari hasil aku hehe...(sorry klau x suka perangai aku)inilah hakikat diri aku.

Ada org ckp kalau masuk dalam dunia berblog kena semua pandai nak letak lagu ker,flash massage ker,lain-II widget pon kena mahir...walaupon x dk org nak ajar aku dengan lebih mendalam aku just  try buat tutorial tu kalau x puas hati komen lah yer...

oklah...just here...gud nait...selamat bermimpi indah

13 October 2012

Ada mission???

Assalamualaikum,dalam minggu nie aku ada mission,apakah mission tu oklah mission tu just nak tambah follower almaklumlah ckit sangat lah weyh, bomiringming(boring).So aku pon join la group2 yg ada blog hahah...apa-apa pun tq yer spa yg prihatin follow aku...Blog korunk sume byk follower aku ckit jer ade lah lime enam org haahah memang ckit kn...semangat nak berblogger pon hilang hhehe<------ade ker orang hilang semangat nak berblogger.Blog aku ni bosan x letak gambar....sorry aku bukan photographer kalau ckit2 boleh la...Petang dah nak kol 6.00 nk kluar jap yer bye....

12 October 2012

streaming class

assaalamualaikum, petang ni area kuala kedah hujanlah...Minggu depan ada test lak nak streaming class from form 1 to form2..mati aku bm,sains,mat,agama,bi,khb,sejarah,geografi,psv arrr x suka,x suka,x suka takot giler....bleyh mati ni hhe.....kena baca apa yg patut fuh baynak tu....itu subject belum bab ngan pecahan bab lagi bleh pecah otak aku nie...tapi klau pmr ngan spm lag pecah otak...take time 2 hours untuk bace buku n wat latihan oh yeah cam biaser heeh....alang2 cuti 4 hari jumaat hingga isnin ada masa ler nak post untuk korang sume yeah...tapi ckit la follower kt cni memang ckit sangat tlong la follow aku.....ok dh...melalak sampai keluar tajuk dah hehhe :)...

02 October 2012

Mana erk brang yang aku order???

Salam...nak citer cket pasal paku-pakis aku dh order dekat lima enam hari dh, takowt rosak batang resam tu hadoiii...tu belum check lagi betul ka x betul pokok paku resam takot ambil pokok len plak heheeh klau pokok betul ada can nak jadi "khattat"(penulis khat).Khat ni pon salah satu cabang dakwah islamiah juga.إنالله جميل يحب جمال sesungguhnya allah itu maha indah dan menyukai keindahan.Khat ini mempunyai keindahan darisegi penulisan,susun atur,kehalusan dan lain2.Khat juga bleh ditulis jika terasa bosan a.k.a boring.Aku dh penah buat khat masa boring,bukan penahlah selalu itulah yang aku buat kadang2 masa dalam kelas pon sama hehhe...Maklumlah kita kenal khat sejak umur 9 tahun lagi masa tu blajaq khat an-nasakh jer...sampai sini jer kot cite malam ni...cite malam ni habis malam ni la erk

01 October 2012

Paku resam

Salam, alahai pening aku nak cari suatu jenis tumbuhan iaitu paku-pakis tetapi...ada tetapi jenis paku resam..aku nak batang dia jer sebab nak buat qalam khat arbi.Kayu batang resam ni kalau tulis khat best la dari pen khat yang lain aku adalah order melalui facebook kat kawan aku.....ni lah rupa pokok paku resam...

follower

Salam.....hai camnalah nak bagi banyak follower hadoi....................camna sapa ada idea??? nak bagi meriah ckit blog ni hhuhuhu......kk lah bye mlas nak tulis bnyk2....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...