Blog Afiq Ikmal : 2012

Jom terjah entry yang lain

27 December 2012

Giveaway:Apa Itu Zakat?

Bismillahirrahmanirrahim...afiq dah join satu giveaway so....Jom join.


zakat, merupakan, salah, satu, dalam, rukun, islam.
nak join klik banner.

Zakat (زكاة) (dari kata zakka - bertambah) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. 
  1. Fakir(Al-Fuqara)
  2. Miskin(Al-Masakin)
  3. Amil
  4. Muallaf
  5. Hamba(Riqab)
  6. Orang berhutang(Gharimin)
  7. Musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan(Ibnus Sabil)
  8. Orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah(Fisabilillah)
Dari surah At-Taubah  (09) ayat 103:
(۱۰۳) خُذۡ مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Syarat wajib zakat

Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah:


  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  • Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
  • Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)

Pengertian Islam
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.

Pengertian merdeka
Seseorang yang ingin membayar zakat itu ialah bukan tergolong dalam kalangan hamba abdi bermaksud mereka yang benar-benar bebas dari era penjajahan secara terang dan jelas, dimana wilayahnya tidak berada dalam kancah penindasan dan peperangan akibat penjajahan. Maka golongan ini diwajibkan membayar zakat.

Sempurna milik
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.

Cukup nisab
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.

Cukup haul
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

Niat untuk berniaga
Khusus buat para peniaga yang telah memperoleh pulangan dan pendapatan hasil perniagaan dan menepati semua syarat wajib diatas wajib membayar Zakat perniagaan.

Jenis zakat

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:


  • Zakat fitrah
  • Zakat harta

Zakat fitrah
Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.

Zakat harta
Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita.

Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):
(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.


Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95):
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.


Berikut adalah jenis zakat yang ada di Malaysia:


  • Zakat pendapatan
  • Zakat wang simpanan
  • Zakat KWSP
  • Zakat saham / pelaburan
  • Zakat emas dan perak
  • Zakat perniagaan
  • Zakat binatang ternakan
  • Zakat hasil pertanian
  • Zakat hasil laut
  • Zakat rikaz dan ma'din
Hikmah zakat:

1. Dapat mensucikan diri  dari dosa, membersihkan diri dari perasaan bongkak dan tamak pembayar zakat.

2. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.

3. Sebagai ungkapan rasa syukur ke atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu Wataala, di kalangan orang yang berada, kerana asal kekayaan itu adalah daripada Allah jua.

4. Sebagai sokongan moral kepada orang yang baru masuk Islam (muallaf)

5. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat

6. Membentras penyakit iri hati, rasa benci dan dengki  orang fakir dan miskin terhadap orang kaya, dan sebagai pengikat sialturrahim antara golongan kaya dengan yang miskin serta sebagai penghapus jurang yang menjadi pemisah antara golongan yang kuat dengan yang lemah

7. Memberikan peluang kepada golongan kaya untuk beramal ibadat melalui mengeluarkan zakat dengan mengagihkan sebahagian kecil kekayaan mereka kepada golongan yang kurang berada.

8. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.

9. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.

10. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.

11. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat

Dah habis...Bye...

16 December 2012

Domain Blogspot

Hai... nak buat domain kena bayar duit.Panjang URL blog sekarang nih...Takpa sekarang nih pakai yang blogspot dulu,nanti kalau reti dah tukar domain baru hahhah...Eh,korang yang tahu tu ada tak domain free hahahha...

Pakai domain sendiri kan best ringkas takdalah tulisan blogspot tuh panjang huhuhu...Camner nak buat tolong ajar...Oklah sampai sini saja and kepada sesiapa yang ada masa and tak busy jom join segmen sini...

Join lah segmen Bloglist nih,senang jer ikutlah apa yang disuruh...Dapat topup  tu tapi pertama,tengah,terakhir...Untung tu kalau join huhuhu so apalagi dipersilakan untuk  join bubye...

Segmen Pencarian Bloglist 2013

Salam aku ada join satu segment huhuh...

14 December 2012

Berat Blog

Hai...pernah timbang blog? huh mesti yang tahu tu nak try klik sini.Ok dah klik situ letak url and klik test now,tapi ada banyak lagi penimbang blog nih huhuhu saya guna yang nih jer hehehhe...

Kalau dah buat tuh akan keluarlah  page size,load time dan lain2 tuh cuba lah...Nih berat blog aku.

 Camtuh lah nanti huhuh...mungkin kalau blog berat tuh buang lah widget yang tak penting dan menyemakkan blog gambar atau lain-lain yang memberatkan blog.

Kalau blog berat Page Rank pon turun...Nanti berat loading orang pangkah terus tak masuk blog huhuhu...blog aku pon lembab jugak hahahh...Rajin-rajinlah post and blogwalking untuk naikkan Page Rank...

Kalau blog ringan oklah loading laju taklah reader bosan nak tunggu... Entry best lagi seronok orang nak baca entry tuh huhuh...Ok bye 

04 December 2012

Demam Durian Crepe

Hai...wah! heboh blog-blog pasal durian crepe nampak cam sedap mana ada jual erk???nampak macam lembut tapi tak tahu rasa dia hahhaa...Ada macam-macam warna sebab letak pewarna heheh...Sedap ker???cuba bagi respon...





Ehsan:Google


Inti dia dibuat dengan durian lah kan nama pon crepe durian,crepe lain pon ada...tapi memandangkan musim durian so crepe durian lah yang popular...
Nak resepi??? resepi ni diambil dari --->sini

Resepi:
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sdb tepung ubi
  • 1 biji telur
  • 2 sdb gula halus
  • 3 sdt butter yang telah dicairkan
  • 160 ml air
  • 40 ml susu cair
  • 1 sdt esen vanila
  • Boleh letak pewarna atau perisa kesukaan anda (optional)
Cara-cara
  • Satukan tepung dan ayak gula halus
  • Masukkan susu cair
  • Masukkan telur yang elah dikacau sedikit
  • Masukkan serbuk vanila atau perisa
  • Masukkan air ,kacau sebati guna whisk,masukkan butter yang telah dicairkan
  • Tapiskan adunan sedia untuk dimasak
CARA MEMASAK
  • Gunakan kuali non-stick pan
  • atau kuali leper yang disapu dengan minyak
  • Tuang sesenduk kecil adunan di dalam kuali
  • Jangan tebal atau nipis sangat
  • Biarkan masak seketika,bila sudah masak terus angkat tidak perlu di terbalikkan
  • Maksudnya masak bahagian sebelah sahaja
INTI
  • Isi durian yang dibuang biji
  • 150 ml fresh cream (dipukul kaku)
CARA MEMBUATNYA
  • Letak kepingan kulit yang licin sebelah bawah
  • Letak sesudu fresh crem,letak isi durian,letak fresh cream lagi diatasnya
  • Kalau besar kulitnya banyaklah intinya
  • Lipat kulit seperti lipat kulit popia
  • Letak dalam Peti sejuk beberapa jam sebelum di makan
  • Boleh juga jika suka pastry cream sebagai intinya

Wah siap dengan resepi sekali cuba try...jadi tak hahaha kalau jadi tu meh nak rasa satu sedap tak? hehhe...bye

02 December 2012

Strawberi cinta

Hye...Strawberi Cinta dah keluar promo die heheheh...tengok trailer dya... ok lah...Nah ni trailer dya...


ni dya promo klik okey...
Sinopsis:
Strawberi Cinta yang mengisahkan tentang Ichigo (Yana Samsudin) yang datang ke Malaysia dari Jepun untuk mencari sesuatu. Di Malaysia, Ichigo bertemu dengan Hakimi (Pierre Andre) seorang pemandu pelancong. Dapatkah Ichigo bertemu dengan apa yang dicari? Jangan lupa saksikan Strawberi Cinta di pawagam 6 Disember ini.Tak lama dah hhehe...







Bye...Komen entry hari ni...

Notakakitanganku:Tengok yer :D...




27 November 2012

Lagenda Budak Setan 2 Katerina


Hye...hehe tadi masa tengok TV ada promo "Lagenda Budak Setan 2 Katerina"....layan promo cam best jugak tak silap 29 November 2012 keluar esok lusa lah kan... kita tengok best ke tak...

Ehsan:google.

Tu die hehhe... 2 hari lagi yer  jangan tak tengok...

Sinopsis Lagenda Budak Setan 2:

6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah. Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya.
Poster Lagenda Budak Setan 2 Katerina
Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu. Tak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri.
Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.
Ketika yang sama, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukulnya hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis.
Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja. Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah.
Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut. Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran.
Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begiru juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa saying yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah. Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam.
Meskipun kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam. Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate takkan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya..
Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada. Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya. Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian. Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya.
Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati. Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya.
Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah. Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran.
Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean. Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar.
Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi.., tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula.
Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tak akan menemui titik noktahnya.
Tu sinopsis, ni promo dia.

Klik ler promo tu untuk tengok sikit-sikit pasal cite nih and nih lagu dia:



Lirik lagu:
Hampanya hatiku berteman sunyi
Merasuk jiwa sesakkan hati
Hariku yang sunyi terbenam rindu 
Kerna dirimu

Oh bulan temani malam heningku
Oh hujan basuh hati sepiku
Dan kau ambil semua yang ku cintai
Yang tersiksa hanyalah mimpi
Oh tuhan inikah cobaan
Atau hukuman darimu

Hambarnya hatiku tanpa cintamu
Dingin dan sepi mengisi hatiku
Hidupku jalani tanpa harapan
Rejam jiwaku

Oh bulan temani malam heningku
Oh hujan basuh hati sepiku
Dan kau ambil semua yang ku cintai
Yang tersiksa hanyalah mimpi
Oh tuhan inikah cobaan
Atau hukuman darimu

Oh bulan temani malam heningku
Oh hujan basuh hati sepiku
Dan kau ambil semua yang ku cintai
Yang tersiksa hanyalah mimpi
Oh tuhan inikah cobaan
Atau hukuman darimu

So jangan lupa tengok komen entry bye...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...